29 July 2009

Update August 2009

OGOS

1 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
1 - Aiman @ Suarasa Ipoh
2 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
7 - HH @ KUIS
8 - HH @ Wisma MBSA
8 - HH @ Putrajaya 9mlm
9 - HH@ Wisma MBSA
10 - HH @ MITC Melaka
13 - HH @ UTM Skudai
14 - HH@ UiTM Machang
15 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
16 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
20 - HH @ Perpustakaan Negara
22 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
23 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
29 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm
30 - HH @ Tilawah Interaktif TV1 5pm



UNTUK PANGGILAN PERSEMBAHAN HAFIZ HAMIDUN & AIMAN, sila emel kan maklumat terperinci ke hafiiiz@yahoo.com atau info@arteffects.com.my

Alamat

Alamat terkini Arteffects Production, kalau2 ada yang nak hantar kad raya ke, duit raya, dan hamper hehehe

Arteffects Production
4C, Jalan Suarasa 8/4,
Town Park 1,
Bandar Tun Hussien Onn,
43200 Cheras,
Selangor

27 July 2009

public performance / appearance

untuk tempoh terdekat, ada beberapa show yang untuk public dan juga private show.

untuk public, insyallah pada 8 ogos ni hafiz hamidun akan berada di putrajaya - malam. dan 14 ogos hafiz hamidun di Uitm machang kelantan.

pada 8 dan 9hb saya akan jadi hos untuk festival marhaban anjuran mbsa di auditorium MBSA siang, datang beramai-ramai ya.

26 July 2009

lagu raya baru

tadi malam dah siap susunan muzik untuk lagu raya baru, gabungan ramai artis nasyid, antaranya saya sendiri, aiman, nowseeheart, saleh brotherz dan devotees. lagu ciptaan saya dan lirik oleh fedtri. akan boleh diperolehi dalam versi digital dan juga nada dering pemanggil bermula ramadhan ini. harap2 semua dapat support, bila dah siap saya akan posting di sini insyallah.

15 July 2009

Public Show Minggu Ini.


Kepada orang-orang klang, dan sekitarnya, boleh datang ke smk methodist klang pada jam 10.40 pagi, Hafiz Hamidun, Aiman dan ramai lagi artis akan perform di sana (bunkface, juwita suwito dan ramai lagi) pada sabtu ni 18 hb. (ticket)

dan untuk warga KUIS dan sekitarnya (USIM, UIA, UKM, dan lain2), anda dijemput ke konsert pada 18hb malam sempena EKSTIVAL (ekspo konvokesyen) di Kolej Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, pada jam 8.30 malam. Artis: Raihan, Hafiz Hamidun, Aiman. (tiket RM 5 sahaja)

jangan lupa datang beramai-ramai :) Dapatkan album Aiman di lokasi berkenaan with special discount!!!

08 July 2009

Sabar menanti

isnin depan akan hari terakhir saya record lagu2 dalam album terbaru, SYUKRAN. penantian lama, setelah 2 tahun, memang rasa teruja menanti album ni siap. it has been a tough moment, dalam masa yang sama, banyak produksi lain dan juga tanggungjawab2 lain yang perlu dilaksanakan.

Tempoh hasilkan album ini, penuh dengan pengorbanan. biarlah saya saja simpan sakit susah pengorbanan tersebut. ada juga detik2 suka yang mungkin tak dapat diungkap dengan kata2. terima kasih kepada raaaamai yang sudi nak sumbangkan lagu karya mereka kepada saya. terima kasih, semua demo2 tersebut, saya simpan untuk jadikan arkib, untuk karya2 masa depan, semoga kita boleh bekerjasama di masa akan datang.

to DJ Osman Ali from Turkey, thanks for playing my song FOR ALLAH at your radio station until it became a hit song at turkey. thank you very much.

Insyallah, masanya akan tiba... the time will come, sabar.......

07 July 2009

Cinta Terakhir mula mendominasi carta

Terkini Minggu ini:

Carta Radio Malaysia Muzik FM: Tempat Kedua

Untuk mengundi: taip CARTA B dan hantar ke 32776


Hits 1 TV2: Tempat Kedua

Untuk mengundi: taip HITS1 TERAKHIR dan hantar ke 32776

02 July 2009

Yok Beraya!

Yok Beraya!

Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Ajieb
Artis: Hafiz AF7


Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya
Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya

Oh kawan-kawan, bangunlah kawan
Solat sunat di pagi raya
Setelah itu maaf-maafan
Lenyapkanlah badai sengketa

Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya
Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya

Mari kawan ku jamu hidangan
Lodeh, lontong resepi bonda
Bonceng basikal konvoi beramai
Ronda-ronda keliling desa

Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya
Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya

Bridge:
Riuh ria bergembira
Jangan pula kita alpa
Buat yang sudah tiada
Ziarahi pusaranya

Yok beraya beraya beraya beraya ya ya y
Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya

Indahnya malam dengan pelita
Bunga api bermacam rona
Celoteh aku bak mulut murai
Balang kosong tak disedari

Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya
Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya


Sudah pun jelas hari lebaran
Setahun sekali menjelma
Maaf dipinta tersilap kata
Kosong-kosong di hari raya

Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya
Yok beraya beraya beraya beraya ya ya ya

01 July 2009

Taubat Seorang Hamba Versi Jadeed??



Ya, ada few people told me about this, but i just bumped into this video, and one of the is syafie naswip (mukhsin)... bagus lah mukhsin, nanti kau boleh berlakon untuk video clip aku ye.

Hafiz Hamidun di Suarasa TV9 Muar



Saya akan perform untuk konsert Irama Suarasa, 2 lagu terbaru iaitu For Allah dan Syair Qalbi, dari album terbaru Syukran yang akan berada di pasaran tak lama lagi. Siapa lagi artis? yang saya confirm ialah kumpulan Saujana juga akan berada di sana, dan akan juga sampaikan lagu terbaru mereka dari album terbaru iaitu Patah Hati, ciptaan saya dan lirik oleh fedtri. jumpa ada di sana...