09 May 2009

Sebuah Perkongsian: Tidak Semua Kan Menjadi

Salam, apa kabar? saya di studio, dan sambil menyiapkan kerja, dan browse beberapa page internet, saya mula terfikir, hakikatnya dalam usaha kita seharian, dalam kita mengejar cita-cita, melakukan segala gerak kerja, bukan semua akan menjadi... itu mesti kita kena tanamkan dalam diri. Namun, kena terus cuba dan cuba dan cuba sampai menjadi.

contohnya yg mudah, memasak lah katakan, ada orang yang baru belajar nak masak, TAK mungkin setiap kali percubaannya menjadi - mungkin ada yang masin, ada yang tawar, ada yang langsung tak jadi... mungkin nak buat kek, jadi benda lain...

samalah dengan apa juga yang kita buat dalam kehidupan kita. terutamanya pada sesuatu yang kita CUBA lakukan... kena terus cuba dan cuba dan cuba dan cuba (eh, mcm lagu fezal tahir pulak)... tapi, itulah dia,... jangan putus asa...

sebab, orang yang berjaya pun, HAKIKATNYA tidak pernah putus asa mencuba. Tahukah anda bahawa Eric Leong (casa impian tu) pernah MUFLIS akibat kemelesetan ekonomi 1998? ya... hakikatnya dia tak pernah mengalah and see who is he now.

itu contoh orang2 yang disekeliling kitalah kan. kalau kita nak lihat idola kita nabi Muhammad, memang tak terkata lah...

Ingat semua, jangan putus asa, terus mencuba, kerana tak semua yg kita lakukan akan MENJADI - untuk kali pertama, kedua, ketiga, mungkin perlu sehingga tujuh, lapan, sembilan dan seterusnya...

:)

sekadar berkongsi...

Hafiz Hamidun

0 comments: