Assalamualaikum..
Adakah Kita Rasakan Kematangan Atau Tidak? Ha, ni tak ada kaitan dengan isu seksualiti pasal jantina atau sebagainya. Tapi, ini berkaitan dengan tindakan dan cara kita bekerja.
Ini pengalaman saya sendiri, yang saya rasa saya nak share dengan semua pembaca blog saya. Soalnya, adakah tindakan kita/percakapan kita/kemahiran kita makin matang? adakah kita menyedarinya? atau kita x rasa apa2 pun...
Ha... betul kan? Kadang2 pada satu tahap kita dah rasa kita dah buat yang terbaik dalam sesuatu bidang. Tapi, bila kita terus menerus lakukan, kemahiran kita akan bertambah baik... dan jauh lebih baik kalau kita tak jemu2 lakukan perkara yang sama.
Inilah yang sepatutnya kita rasakan. contohnya. dulu masa mula2 saya jadi penasyid secara komersil (a.k.a jadi artislah senang cerita), masa first time, apa pun x tau nak buat, nyanyi je, nak senyum pun payah. Nak cakap2 pun berat sangat mulut. alhamdulillah, lama kelamaan, kita jadi matang. boleh berfikir cepat dan boleh kawal keadaan...
mesti kita ada rasa mcm tu kan? Hijrah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik...
ada pengongsian? jom komen.
26 April 2009
Sebuah Perkongsian : Adakah Kita Rasakan Kematangan Atau Tidak?
Posted by
Hafiz Hamidun
at
11:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


11 comments:
Dulu Hafiz nampak macam budak civic je dengan cermin mata tanpa bingkainya(masa UNIC album See You Di IPT).
Tapi selepas berlakon telemovie See You Di IPT, sepertinya Hafiz berubah menjadi seperti watak dalam telemovie itu yang gila-gila sikit.
Hafiz pun dah mula tak pakai cermin mata lagi selepas tuh(tengoklah cover album Satu Tekad yang MTV-Karaoke). Memang nampak Hafiz ni memang dah berubah. Perubahan Hafiz tu ada baik & ada buruknya.
Bagi saya Hafiz yang dulu(semasa album See You Di IPT) lebih nampak matang.
Dari segi percakapan pun Hafiz dulu lebih matang dan terkawal percakapannya.
Sekadar pandangan ikhlas.
itu tandanya kita sudah mulai serasi dengan sesuatu keadaan..contoh mcm kanak2 tahun 1 br msk sek..ckg minta baca abc..dari hari ke hari asyik bc lama2 kanak2 nie akn tukar cr bc kepada nyanyian n mcm2 lagi..dia dh serasi n cr berfikir jg dah matang sbb dia dh serasi dgn keadaan tue berbanding sebelumnya...sekadar pendapat..
Pengalaman,masa dan keadaan tertentu yg buat kita berubah dan semakin matang menjadi seorang insan yg lebih baik insyaallah..
Pengalaman sebenarnya mematangkan kita.Semuanya bermula dari pengalaman.Pengalaman mengajar kita menjadi seorang yang lebih matang.
Pada pendapat saya,Hafiz pon dah banyak perubahannya.Lebih matang.
Tapi bagi saya,saya suka imej hafiz masa dulu2.Nampak lebih matured dan berwibawa.Tapi x bermaksud imej sekarang ni x bagus.Cuma saya prefer imej Hafiz yang dulu.Ini sekadar pndangan aje.
Jangan marah ya Hafiz.Wassalam
hahaha...c u d ipt..
mtg sgt..xbes gak..
setuju ngan PURPLE
kadang2 pengalaman itu yang akan mengajar erti kematangan secara hakiki
bukan setakat umur sahaja....
pengalaman yg dilaui sama ada pahit atau manis menyebabkan individu tersebut akan berusaha memperbaiki situasi diri mereka supaya berlakunya peningkatan dari masa ke masa....... namun,kematangan juga perlu selari dengan usia....takkan dah usia lanjut pun perangai mcm budak2 (still exist kind of this person)uit...
meluat tengok....
oo rupenye appearance pon bole nampak kematangan kite ye...urm
kematangan bukan stakat dalaam komunikasi je, ada gak perkara lain yang perlukan kematangan dalam hidup ni mcm dalam berfikir, membuat perancangan, membuat keputusan n mcm2 lagi la..
at least biar ada perubahan dalam hidup ni bila kita lebih matang dalam sume2 tu
Assalamualaikum,
Kematangan datang melalui pengalaman hidup yang dilalui, suka dan duka, cabaran dan liku-liku kehidupan memaksa seseorang untuk berfikir dan menilai baik-buruk sesuatu perkara.
Perubahan seseorang dipengaruhi oleh persekitarannya. Pilihan yang dibuat dalam hidup kadang-kadang menunjukkan tahap pemikiran seseorang.
Tapi, adakah kita betul-betul mampu menilai tahap kematangan seseorang dengan hanya melihat perubahan luarannya sahaja? Apakah kita tahu apa yang dilalui oleh seseorang yang menjadikan dirinya sekarang? Adakah kita layak untuk menghakimi?
Sorry, just wondering..
U are the best in your life..Hafiz sy cukup kagum dgn kamu.Dulu hafiz diam je tapi sekarang hafiz dah pandai bercakap dengan lantang dan matang.Saya suka dengan career hafiz.Setiap manusia akan berubah dari hari ke hari cuma hati kecil yang akan memandu kita ke arah kematangan atau sebaliknya.Tepuk dada tanya hati..
encik hafiz!
salam
tahniah utk album tbaru aiman...bila akan dipasarkan ya? tidak sabar mahu dengar lagu selalu ada gandingan dengan heliza af5.
Semakin agama tersemai di dalam peribadi seseorang maka semakin matanglah dia. Sungguh! agama itulah yang mematangkan.
Post a Comment