Assalamualaikum...
Ya apa khabar semua? Saya baik je. walaupun kepenatan. Baru balik dari TV2 untuk program zoom in bersama Meet Uncle Hussien, Aiman, Inteam, and Waheeda. (Its not a gossip, tapi waheeda dtg dengan akhil hayy, jadi, is it still a denial or approval? saya bukan nak mereka2 cerita, tapi, saya juga tak tahu nak jawab apa bila wartawan/orang ramai tanya saya ttg status mereka)
Baik, cerita hari ini, "Hadapi Saja Dengan Berani"...
Betul... kadang2, kita takut nak berhadapan dengan sesuatu perkara. Kadang2 kita jadi terlalu MEMIKIRKAN apa yang orang lain akan kata pada kita, apa persepsi orang pada kita, atau mungkin kita takut berhadapan dengan kenyataan...
Kenapa? Sebab kita dikurniakan akal untuk membezakan antara malu dan tidak. Kadang2, ada yang buat apa saja yang difikirkan betul, walaupun hakikat salah. Itu bukan apa yang nak dibincangkan di sini.
Apa yang saya nak saya bawakan di sini,
1) kita mesti punyai keberanian untuk berhadapan dengan masalah. ini juga selalu terjadi pada saya, tapi sedikit demi sikit saya belajar bahawa, kita perlu hadapi masalah yang datang depan kita, bukan elak atau lupakan saja. makin kita lari dari masalah, makin dekat masalah datang, dan percayalah, ia akan bertambah banyak dari hari ke hari.
2) berani untuk bercakap benar walaupun ia akan mengguris. Oh,... inilah yang paling sukar kita buat,... sebab orang2 melayu khususnya penuh sopan santun, tak mau lukakan hati orang lain (walaupun tindakan itu menyebabkan diri sendiri terluka), tak mau bagi orang lain kecil hati, dan mahu dipandang positif setiap masa. Kenapa ye??? Cuma pada saya, berkatalah pada tempatnya. itu akan menyelamatkan keadaan. Kena pandai pilih situasi. bukan pakai bercakap tanpa pandang kiri kanan...
3) hadapi risiko ! tak cuba tak tahu. Yes, we will never know what will happen if we did not try. Berapa ramai yang alami pengalaman pertama bawak kereta??? bawak motor??? atau bawak basikal la kurang2nya??? itu semua sebab kita percaya kita boleh buat dan haaaa akhirnya kita berjaya! itu contoh kecil. padahal kalau kita fikir terlalu panjang, contohnya, kalau naik motor, nanti jatuh, patah kaki, masuk wad, 3 bulan bersimen, tak boleh belajar/kerja, kaki berparut, motor rosak... wauuuu banyak sungguh perkara2 negatif yang dah block pemikiran kita... tapi, hakikatnya ramai yang mengalami situasi mcm ni, mungkin kes saja yang berbeza...
4) pernah cuba, tak mahu lagi.... ha,... ni pun, satu kes, contohnya, pernah cuba bawak motor pertama kali, dan, trauma sebab jatuh menghantui... tetapi, anda masih perlukan transport untuk ke tempat kerja yang memang jauh, dan tak ada bas yang lalu jalan tersebut. Takkan sanggup menumpang orang selama2nya kerana takut jatuh lagi??? jangan tak percaya, memang ada yang terjebak dalam masalah ni. itu tadi contoh kes saja. banyak kes lagi. caranya, MATLAMAT tu kita bulatkan, dan sasarkan untuk capai matlamat, halangan tu lah cabaran.
mungkin ada yang nak tambah pendapat, saya alu2kan pandangan extra anda...
Salam Maulidurrasul dari saya, isnin 9hb saya di TV1 untuk LIVE perarakan maulidurrasul. jangan lupa tgk jam 7 pagi.
Syukran
Hafiz Hamidun
09 March 2009
Motivasi bersamaku : Hadapi Saja Dengan Berani
Posted by
Hafiz Hamidun
at
12:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


8 comments:
Salam,
suka mendengar lagu "Bilakan Damai" yang dinyanyikan dalam "Zoom-in" tadi.
ermm berbalik kepada entry ini, berkenaan fasa 2 (iaitu menjaga hati). Mungkin dek sifat msyarakat kita yang berbudaya timur terlalu menjaga hati sehingga memakan diri sendiri. Hatta, dalam masalah yang dihadapi secara kritikal pun, bukan kerana tidak berani bersuara untuk meluahkan segala yang benar belaka namun lebih selesa bersifat membiarkan sahaja demi menjaga hati pihak kedua mahupun ketiga. Tidak pasti adakah ini salah satu sifat munafik atau tidak kerana sesetengah kita beranggapan sikap menjaga hati ini yang akhirnya menyebabkan masalah tidak selesai dan timbul perkara lain seperti tikam belakang, cakap belakang (mengumpat), dan sebagainya. Maka, sifat menjaga hati bertukar menjadi sifat "bermuka-muka". wallahu a'lam .. .
-Andeh-
http://andehsilodeh.blogspot.com/
p/s: Esk nk trn ke padang MPS untuk meraikan Maulud Nabi peringkat N9. Kumpulan Inteam turut ada menghiburkan komuniti di sana. Good Luck unt kelola majlis esk di bagi saudara Hafiz LIVE di Tv 1...
sebut pasal hadapi risiko.
haa, saya baru saja balik dari latihan kereta.
pertama kali saya bawak kereta tanpa sesiapa menemani!
sangat teruja dan... takut!
tapi, saya ketepikan semuanya dan saya berjaya. huhu
sebut pasal hadapi risiko!
haa, saya baru saja balik dari latihan kereta.
pertama kali saya bawa kereta tanpa sesiapa kat sebelah!
sangat teruja dan...takutt!
tapi saya ketepikan semuanya dan berjaya!
salam..,
pertamanya thnks bnyk2 buat abg hafiz bcOz xlupa utk trus mmberi mtivasi kpd kter org smer... utk pngethuan abg,sya prnah ambik mtivasi abg sblum ni utk dikngsi brsama kwan2 kt skolh time ckgu mntak rsepi kjayaan kt kter org slpas dinobtkn sbgai plajar cmrlng bru2 ini...oklh,smoga abg trus sukses dimsa akn dtang.,syukran jazilan..
Em, saya juga merupakan seorang yang menjaga hati orang lain sehingga akhirnya memakan diri sendiri. Kadang-kadang rasa diri sendiri adalah seorang yang hipokrit.
Saya setuju dengan Andeh yang mana sikap menjaga hati sesetengah pihak menyebabkan masalah tidak selesai dan timbul masalah lain, seperti tikam belakang dan mengumpat.
Apa yang saya cuba lakukan ialah antaranya, bersemuka. At least, sms atau email. Bukan senang nak bersikap jujur dan berterus-terang dengan semua orang. Bukan senang juga untuk membuatkan seseorang faham isi hati kita yang sebenar.
But, I guess apa yang penting, jujurlah.
Jujur dengan diri sendiri, insyaallah kita akan jujur dengan orang lain juga.
salam...
urm macam mana la nak hadapi maslah tu kalu kita yang reka maslah yang sebenarnye kita sendiri tak tahu penghujungnye..pendek kata..masalah tu xkan ada kalu bukan kita yang cipta peluang untuk masalah tu timbul...
lari dr maslah? haha jenuh nak lari dr maslah sebab ia sentiase membayangi kite wpun kite try nak lupakan nye..silap2 maslah tu yang kejar kita...
kadang2 kita tak berani nak ambik risiko tu sebab kita takut effect lepas apa yg kite wat tu..huhu susah nak hadapi bende2 macam tu..cakap memang senang kite kena gak hadapi kalu nak tahu hasilnye..tapi nak buat...huuu susah bro..urm tapi kalu x wat diri sendiri yang merana..ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak...
huhu panjang la plak ...saje nak luah pendapat..tak tahu la owner bace ke tidakk...
akaSHa
salam,abg hafiz..huhu,sian penonton mase smbutan maulidur rasul di dtran merdeka,majoriti 'lari' kejap sebab hujan.tp mgkin ad hkmahnya.yg sdihnye,xsempat tgok unic wat show mse tu..
em,pasal tajuk ni,agk menarik.
ni sy nk share cite..
sy dah ade lesen krta,tapi smpai skrg masih takut and unconfident with myself.
takut nanti terlanggar kete org,susah pulak jadinye.
ayah pun xbrpa yakin,so sy pun jd x yakin.
tapi bile baca abg hafiz ckp pasal yg jtuh motor tu,rasa berkesan kat hati.
ehm,memg btul pun statement tu..anyway,syukran sebab bg motivasi ni.at least i'm realize something..
ehm,moge success selalu.
p/s:abg hafiz boleh jd motivator la.ade bakat...
hehe,bittaufiqwannajah...wsalam...
Post a Comment