Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur, kita masih dapat bersama.
Saya dah siapkan sebuah lagu baru untuk Saujana, titled "Patah Hati". Untuk dengarkan lagu ni, boleh juga dengarkan di www.nasyid.fm secara online. Dan lagu ini akan berkumandang di corong-corong radio tak lama lagi...
Sementara itu, insyallah Far East juga akan nyanyikan sebuah lagu baru dari saya... konsep Arabic Ballad... ITO Lara sedang menulis lirik untuk lagu ini. Saya akan kongsikan lirik ni di sini bila dah dapat...
Terima kasih...
08 November 2009
Lagu baru untuk Saujana dan Far East
Posted by
Hafiz Hamidun
at
4:20 PM
4
comments
03 November 2009
Pengumuman tak rasmi
Perbincangan telahpun dilakukan, insyallah dalam bulan ini akan dimetrai ikatan artis rakaman naungan Hafiz Hamidun seterusnya, Heliza dan Nowseeheart.
Dan insyallah pada 22 november akan dilakukan upacara pelancaran album Syukran Hafiz Hamidun dan insyallah mungkin pengumuman rasmi heliza dan nowseeheart sebagai artis rakaman naungan hafiz hamidun akan dilakukan pada hari tersebut juga,
Doakan yang terbaik...
Posted by
Hafiz Hamidun
at
5:05 PM
6
comments
27 October 2009
Arasy Dunia di HOT FM Prelude
Kemasukan minggu ini lagu Arasy Dunia di Hot FM Prelude. Harap dapat bantu undi lagu ini melalui link:
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
tapi, kena daftar kan emel anda di page tersebut dulu. Klik daftar, pastu masukkan email, pastu klik "kembali" dan masukkan emel dan pasword. lepas tu undi Arasy Dunia. 1 emel sehari...
Terima kasih...
Posted by
Hafiz Hamidun
at
7:02 PM
9
comments
14 October 2009
Stokis dan Pengedar Album Syukran Diperlukan Segera....
Official Admin:
Album Syukran yang akan berada di pasaran pada 19 Oktober ini, akan diedarkan oleh FMC ke serata malaysia. Selain itu juga, kita memerlukan stokis dan pengedar album kepada yang berminat untuk menambah pendapatan. Sila emelkan sekiranya berminat ke hafiiiz@yahoo.com
Di samping itu juga, album pertama Hafiz Hamidun dulu pun dah diulang cetak, atas permintaan yang sangat memberansangkan. Album dulu dicetak terhad sahaja, kini, ia kembali dan boleh juga menjadi produk untuk stokis/pengedar.
Terima Kasih
Arteffects Production
4-C, Jalan Suarasa 8/4, Townpark 1
Bandar Tun Hussien Onn
43200 Cheras, Selangor.
Posted by
Hafiz Hamidun
at
3:01 PM
2
comments
Tour IPT / Sekolah
Saya berhasrat untuk buat promotion tour ke IPT & sekolah untuk promosi album SYUKRAN (Universiti, Kolej, Poli, Maktab, dll) ... ada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen/wakil?? TOUR bermula bulan disember... sila mesej saya... terima kasih. mesej ke emel saya di hafiiiz@yahoo.com atau info@arteffects.com.my
Posted by
Hafiz Hamidun
at
2:07 AM
6
comments
12 October 2009
Group Nasyid baru
Sekiranya ada group nasyid baru yang berminat untuk diketengahkan ke persada muzik Malaysia khususnya, sila emelkan perkara2 yang berkaitan, ke emel saya hafiiiz@yahoo.com seperti gambar, demo, biodata.
Posted by
Hafiz Hamidun
at
9:36 PM
3
comments
01 October 2009
Syukran Di Pasaran 19 Oktober 2009


Bakal menemui semua, album terbaru dari saya, album kedua, SYUKRAN tajuknya... gambar di atas sekali ialah cover album, dan di bawah tu posternye... Insyallah akan berada di pasaran dengan harga RM25.90 saja, 10 lagu baru ciptaan saya plus 1 track interlude.
Untuk album kali ni, 10 lagu tersebut ciptaan saya sepenuhnya manakala liriknya ditulis juga oleh penulis-penulis lirik feveret saya, Fedtri Yahya, ITO Lara, di samping saya sendiri. Ustaz farid ravi pun ada tolong2 translate beberapa rangkap lirik ke bahasa arab.
Single yang telah dipilih untuk album ni ialah Arasy Dunia sebagai single utama, khusus untuk radio2 tempatan, di samping For Allah, lagu yang telah pun hit di luar negara khususnya Turki, dan juga Syair Qalbi. Lain-lain lagu juga diharapkan dapat memenuhi selera semua.
Saya rasa memang album ini lebih matang pengisian dan komposisinya berbanding album terdahulu. Tak dinafikan, album terdahulu juga ada kekuatan sehingga menggondol beberapa anugerah di Anugerah MACP dan AIM pada tahun 2008... Harapnya album ini juga menghasilkan sesuatu yang mampu mengangkat karya nasyid dipersada industri muzik tempatan dan antarabangsa khususnya.
Album ni akan diedarkan oleh FMC Music Sdn Bhd dan sementara menunggu kemunculan album ini, anda boleh dengarkan lagu-lagu di dalam album ini secara Eksklusif di radio nasyid online pertama Malaysia,di www.nasyid.fm . Anda juga bakal berpeluang memenangi CD percuma album ini sumbangan Arteffects Production melalui slot yang bakal disiarkan di Nasyid FM tidak lama lagi. Jadi pastikan anda mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa melalui blog saya, melalui facebook saya (www.facebook.com/hafizhamidun), melalui facebook fan page saya (search Hafiz Hamidun), melalui twitter saya (www.twitter.com/hafizhamidun), melalui friendster saya (www.friendster.com/hafizhamidun) dan juga melalui YM saya iaitu id hafiiiz .
Banyak yang saya nak kongsikan di sini, kita bertemu lagi lain kali. wassalam....
Posted by
Hafiz Hamidun
at
11:52 PM
8
comments
29 September 2009
Terima Kasih kepada semua yang mendengarkan Nasyid.fm

Alhamdulillah tadi selamat diperdengarkan kesemua 10 lagu-lagu terbaru saya di www.nasyid.fm SECARA EKSKLUSIF.
Khabarnya bertubi-tubi nasyid.fm dihujani pendengar-pendengar, terima kasih kerana respon positif anda semua.
Atas permintaan ramai, nasyid.fm akan adakan sekali lagi siaran eksklusif lagu-lagu dalam album Syukran... saya akan maklumkan dari masa ke masa...
Kepada semua yang ada facebook yang saya tak dapat add boleh add saya di fanpage saya di link sebelah ni -------->
Posted by
Hafiz Hamidun
at
2:32 AM
6
comments
28 September 2009
Dengarkan FULL ALBUM SYUKRAN Eksklusif di www.nasyid.fm

Tepat jam 12 malam ini, dengarkan secara EKSKLUSIF semua 10 lagu terbaru Hafiz Hamidun - SYUKRAN,... di www.nasyid.fm
jangan lepaskan peluang untuk dengarkan semua 10 lagu ini, termasuk 1 track interlude khusus untuk anda semua.
Posted by
Hafiz Hamidun
at
10:30 PM
5
comments
21 September 2009
Menanti "Syukran" - antara kegusaran dan keberanian
Album Syukran kini telah pun siap sepenuhnya. Saya ingin buat pengumuman rasmi, saya telah memilih FMC sebagai pengedar album saya, untuk kesekian kalinya. Terima kasih kepada syarikat2 rakaman lain yang turut menyatakan minat mereka untuk mengedarkan album saya. insyallah ada rezeki lain masa kita bekerjasama.
Album ini akan ada 10 lagu dan 1 track interlude, dinamakan Serenity Interlude.
Bercerita tentang Syukran, ada pelbagai pandangan, komen, kritikan, pujian pun, semua pun bercampur. Mengenang kembali penghasilan album ni, saya rasa semua nya ambil masa lebih kurang setahun setengah. sikit demi sedikit, cuma 3 bulan terakhir memang secara intensif.
lagu yang akan dijadikan single utama untuk album ni ialah Arasy Dunia, duet saya bersama Ali (ex-XPDC) / Empire.
Kenapa Ali?
Setelah saya memikir panjang, rasanya Ali gandingan yang bagus untuk lagu ni. Lagu yang bersemangat dan ada elemen 'rock' juga. harap dapat tunggu lagu ini berkumandang di radio-radio, dan harap dapat request lagu ni selalu untuk siaran radio lagu ni.
Bila bercakap dengan radio ni, itulah kegusaran saya. Ada radio swasta yang terang-terangan MENOLAK lagu nasyid untuk siaran radio mereka. malah lebih dari satu radio, yang tanpa dengar lagu terlebih dahulu, awal2 dah tutup pintu. harapnya kolaborasi arasy dunia akan beri ruang, untuk lagu ini dimainkan di radio.
saya akan bercerita lagi tentang album ini diposting akan datang. harap dapat sokongan semua. wassalam...
Posted by
Hafiz Hamidun
at
12:18 PM
3
comments
18 September 2009
Lagu raya Hafiz AF7 by Hafiz Hamidun
.jpg)
Teks & foto oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER 2009: Sambutan memberangsangkan terhadap ruangan istimewa Ramadan & Raya Murai (R&R) tahun lalu memanggil murai.com.my untuk mewujudkan sekali lagi ruangan ini dengan lebih menarik tahun ini.
Demi mencari kelainan penerbitan R&R tahun ini, murai.com.my telah memperkenalkan sebuah lagu raya baru yang dijadikan tema untuk segmen R&R. Lagu berkenaan adalah lagu Yok Beraya yang dinyanyikan juara Akademi Fantasia 7 (AF7) Hafiz Suip yang mendapat kerjasama komposer berbakat, Hafiz Hamidun.
Apa yang pasti, lagu ini adalah kerjasama antara pihak murai.com.my (Digital Five Sdn Bhd) bersama Hafiz Hamidun (HH) selaku komposer dan Ajieb Murai sebagai penulis liriknya.
Bagi mengetahui cerita sebenar di sebalik pembikinan lagu Yok Beraya, murai.com.my telah menghubungi Hafiz Hamidun untuk menjawab segala isu yang berbangkit. Jom ikuti temubual eksklusif bersama Hafiz Hamidun.
MURAI: Bagaimana boleh muncul idea untuk mencipta melodi Yok Beraya?
HH: Semuanya terjadi secara spontan. Ia dah jadi kelaziman saya mencipta lagu sambil membuat susunan muziknya sekali. Adakala, saya dapat melodinya dulu kemudian barulah susunan muzik. Apapun, Yok Beraya merupakan lagu yang fun jadi mudah untuk saya dapat melodi sekaligus buat susunan muziknya. Lagipun, lagu ini memang sesuai dengan karaktor Hafiz.
MURAI: Kenapa anda memilih Hafiz AF7 untuk menyanyikan Yok Beraya?
HH: Masa mula-mula mencipta lagu ini pun, saya memang dah rasa Hafiz adalah penyanyi yang paling sesuai untuk menyanyikannya. Bagi saya Hafiz memang sesuai menyanyikan lagu bercorak komedi dan ceria. Saya lihat gerak-geri Hafiz pun nampak selamba. Yang paling penting, vokalnya juga mantap. Apa yang boleh saya cakap, sepanjang proses rakaman, semuanya jadi mudah sebab Hafiz pandai menyesuaikan vokalnya dengan arus lagu. Yok Beraya pun ada watak Hafiz sendiri. Saya pun senang bekerja dengannya dan banyak idea-idea yang diberikannya saya luluskan tanpa soal. Hafiz pun kreatif dan kelakar orangnya.
MURAI: Apa yang menarik minat anda untuk bekerjasama dengan murai.com.my?
HH: Sebab saya memang selalu ikuti perkembangan murai. Boleh dikatakan setiap hari saya baca. Murai pun sedikit sebanyak banyak membantu untuk menaikkan karier saya. Jadi, rasanya tak salah sempena syawal ini lebih menarik kalau saya dapat buat lagu untuk Murai. Sekurang-kurangnya, GengMurai boleh berkenalan lagi dengan lagu-lagu saya. Sebelum ini pun, masyarakat hanya tahu saya banyak terlibat dengan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan saja. Mungkin tak ramai yang berpeluang dengar lagu-lagu pop & komersial ciptaan saya sendiri.
MURAI: Adakah ini lagu raya pertama ciptaan anda?
HH: Sebelum ni masa sekolah sekolah pun saya dah buat lagu raya tapi setelah 8 tahun jadi artis, inilah tahun pertama saya buat lagu raya untuk tujuan komersial. 2 lagu sekali gus. Satu untuk Hafiz dan satu lagi lagu duet saya dengan Haziq bertajuk Mentari Syawal. Saya pun rasa nak buat lagu raya bukannya boleh suka-suka saja. Semoga lagu ini boleh jadi malar segar seperti lagu lain. Inilah cabaran paling besar buat saya.
MURAI: Selain Hafiz dan Haziq, siapa lagi artis yang bakal menyanyikan lagu raya ciptaan anda?
HH: Memandangkan raya pun dah dekat, saya rasa, cukuplah 2 lagu saja tahun ni. Pun begitu, Bob pun ada minta juga saya buatkan lagu raya yang dia tulis liriknya, tapi sebab di sebabkan masing-masing pun sibuk, rasanya mungkin lagu tu untuk raya tahun depan lah nampak nya. Saya turut mencipta lagu raya baru bertajuk La La La Raya La untuk hos Aksi Murai iaitu Ajieb.
MURAI: Apakah harapan anda untuk Yok Beraya?
HH: Harapan saya agar semua orang dapat menerima lagu Yok Beraya ini sebagai lagu raya yang baru. Janganlah ia dibandingkan dengan lagu-lagu lama yang sedia ada. Lagu lama akan terus menjadi ingatan kita manakala lagu baru khususnya Yok Beraya ni diharapkan sesuai sangatlah untuk golongan muda, penyokong karya pemuzik tempatan serta golongan muda seperti saya dan Hafiz AF7 sendiri.
Sementara itu, sempena Aidilfitri radio Era FM yang menampilkan carta Era pada setiap Sabtu dan Ahad akan menceriakan Aidilfitri dengan Carta Era Raya di mana untuk segmen ini lagu Yok Beraya menjadi juara carta.
Cara muat turun lagu Yok Beraya
MAXIS: Dail *131*# & tekan CALL/SEND
Contoh: *131*143264#
CELCOM: Taip CMT & tekan dan hantar ke 22990
Contoh: CMT 67857
UMOBILE: SMS CT & hantar ke 28118
Contoh: CT 173693
Sumber: www.murai.com.my
p/s: terima kasih kepada semua geng murai
Posted by
Hafiz Hamidun
at
9:42 PM
4
comments


